Information Center
Welcome to
Information Center

Mengenai Pelan Warisan SG 2.0 Kita

About Our Sg Heritage Plan 2.0

Hai anda semua! Kami teruja untuk berkongsi Pelan Warisan SG Kita 2.0 dengan anda – bab seterusnya dalam landskap warisan dan muzium Singapura yang akan membimbing kami dari 2023 hingga 2027 dan tahun-tahun selepas itu. Pelan baharu ini berdasarkan asas kukuh pelan induk warisan pertama, Pelan Warisan SG Kita dan membentangkan visi serta strategi kami untuk membentuk masa depan sektor warisan kita.

Untuk menghasilkan pelan ini, kami telah merujuk kepada lebih 650 pihak berkepentingan daripada pelbagai latar belakang, termasuk karyawan muzium, ahli akademik, kumpulan masyarakat, belia dan pengamal kraf tradisional. Kami juga telah menerima lebih 72,000 idea dan cadangan dalam talian serta di gerai-gerai fizikal daripada orang ramai. Ini menunjukkan betapa besarnya pengertian warisan yang dikongsi bersama bagi kita semua!

Pelan Warisan SG 2.0 Kita, juga dikenali sebagai HP2, disusun dalam empat bidang pertumbuhan strategik: Identiti, Masyarakat, Industri dan Inovasi. Kami mengundang anda untuk menerokai laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif baharu yang menarik yang kami sediakan! Anda juga boleh lungsuri lelaman go.gov.sg/hp2resources untuk memuat turun ringkasan eksekutif dan laporan penuh mengenai HP2.